
Ketahui bagaimana memilih kanopi untuk majlis perkahwinan anda. Terdapat pelbagai ukuran dan jenis kanopi yang digunakan sewaktu majlis perkahwinan yang disediakan oleh RDZ Canopy.
- Jenis Kanopi
Ramai pengusaha kanopi menawarkan pelbagai jenis kanopi mengikut tema dan kesesuaian sesuatu majlis.
Antara yang sering menjadi pilihan bakal pengantin:
• Kanopi Piramid
• Kanopi Arabian
• Kanopi Transparent
• Marquee Tent
Pemilihan sesuatu kanopi bergantung kepada bajet dan jumlah tetamu yang dijemput.
2. Ukuran Saiz Kanopi
Di bawah adalah saiz kanopi yang menjadi pilihan:
• 10 kaki x 10 kaki
• 10 kaki x 18 kaki
• 10 kaki x 20 kaki
• 16 kaki x 16 kaki
• 18 kaki x 18 kaki
• 20 kaki x 20 kaki
3. Kelengkapan Kanopi
Kanopi biasanya didatangkan dengan pakej yang dilengkapi dengan aksesori dan keperluan untuk pengantin dan tetamu sepanjang majlis.
Untuk kanopi pengantin, kelengkapan termasuklah:
• Meja dan Kerusi Makan Beradab
• Lampu Chandelier atau LED Fairy Light
• Air Cooler
• Bunga Hiasan
• Sarung Meja dan Kerusi
• Scallop
Pakej Kanopi bagi tetamu pula adalah:
• Meja dan Kerusi
• Kipas Air
• Kipas Syiling
• Hiasan Meja
4. Jumlah Kanopi
Bakal pengantin pasti pening untuk menentukan jumlah kanopi untuk kegunaan majlis kan?
Ini formula mudah untuk menentukannya:
Jumlah yang diperolehi akan dibahagi dengan 40, yang mana seunit kanopi kebiasaannya boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa.
Jumlah terakhir yang diperolehi itu merupakan anggaran minimum 1 unit kanopi yang diperlukan untuk memuatkan jemputan.
Bakal pengantin juga dinasihatkan untuk menambah 2 lagi kanopi untuk meletakkan makanan buffet dan meja hadiah.